Salam, readers!
Takmo intro ape2 pun. Nak cakap je yg hari nih, I have made my decision.
Keputusan untuk tinggalkan apa yg aku pertahankan selama 6 tahun yg lepas. Bunyi mcm poyo je kan.
Mmg poyo jugak. Aku dah taknak ingat lagi semua nya. Penat. Buat stress.
Yang penting, dah terlambat sangat nak sedar. Aku dah bagi banyak sangat peluang. Takde satu pun di gunakan dengan elok, dengan bersyukur. Aku dah terlalu berkompromi.
Walhal aku taw ade ramai lagi org yg boleh sayang aku. Aku je yg selalu menafikan hakikat tu selama nih. Aku je yg tutup hati nih sbb butakan mata hati sendiri.
Nape aku nak move on? Nape aku nak tinggalkan semua perkara jahiliyyah yg aku pernah buat?
1. Sebab pertama, aku dah sampai limit. Aku tak mampu nak bertahan.
2. Sebab kedua, aku tak boleh nak post. Biar aku je simpan aib lelaki tu. Kesian pulak kat dia nnt satu dunia taw aib die kan.
3. Sebab ketiga, aku nak cari diri aku sendiri. Aku nak mula langkah baru tanpa aku perlu dihantui perkara lama yg asyik ikat kaki aku utk maju.
4. Sebab keempat, segala beban dalam hati aku dah terlerai bila aku buat keputusan nih.
5. Sebab kelima, aku yakin Allah akan bagi jodoh yg lebih baik, lebih soleh, lebih jujur, lebih menghargai, lebih amanah, lebih segala nya dari lelaki tu. Jodoh yg akan jaga aku dan anak2 kami nanti.
Nak taw aku sedih ke tak?
- Jawapan aku, tak sedih. Full stop.
Nak taw aku akan padam certain posts related to him yg ade dlm blog nih ke tak?
- Tak. Buang tenaga aku je nak search satu2. Biar je lah. Sekurang2 nya blh jadi teladan kan. Boleh anak2 aku nnt taw kisah aku waktu muda nih dan takkan ulang kesilapan aku pernah dapat. Buat jenuh mulut nak cite. Jd, tak payah delete la kan.
Nak taw ape lagi? Nak taw aku trauma ke tak?
- Ya, trauma dengan lelaki yg sama.
- Tak, sebab ada lelaki lain yg lebih baik akan muncul and be my saviour.
Nak taw aku nak buat apa lepas nih?
-Aku nak party. Jumpa sebenar2 KEKASIH. Kekasih yang tak pernah tak cintakan aku. Kekasih abadi. Kekasih yang sentiasa kasihkan aku tak kira banyak mana dosa aku pernah buat. Kekasih tu lah segalanya. Segala-galanya. KEKASIH YANG MAHA TINGGI. Kekasih yg masih terima aku yg penuh dosa. Kekasih yg tak pernah tinggalkan aku.
- Aku nak make a move. Aku nak backpack dalam sikit masa lagi. Tapi lepas aku settlekan pasal job offer. Aku nak keluar dr rutin harian yg aku buat. Aku nak cari diri aku yg sebenar.
- I wanna have a better life, a happier one. So, please let me live my own life. I know I will get better, way way better dari sebelum nih.
- Aku nak tunggu jodoh terbaik yg Allah janji nak bagi kat aku. Ameen.
Ape lagi ea?
- Lets make a move. I wanna fly higher dan gapai balik semua sekali peluang yg aku dah lepaskan sebelum nih. Dah banyak nikmat Allah yg aku sia2 kan. Aku dah tak nak jd kufur. Aku dah tak nak jd hamba yg tak bersyukur. Aku dah tak nak jd hamba yg terlambat.
Apa2 pun, aku maafkan lelaki tu. Semoga Allah bagi dia petunjuk. Untuk berubah. Semoga ada sinar utk hati dia. Dan, aku tak sedih langsung. Aku lebih tenang sekarang. Selepas seminggu aku terdera jiwa dan hati utk pertimbangkan semua sekali. Alhamdulillah. Allah sayangkan aku.
Semoga kita selamat. Semoga kita dapat cinta KEKASIH YANG MAHA AGUNG. Ameen.
Nora.
1 comment:
i wish u the happiness in the world sis :) miss u a lot!
Post a Comment