Thursday, July 28, 2011

* Spontaneous Thursday #1*

Sometimes, in order to keep love in our hearts, we have to let it go. (^^,)





Salam guys and hi there, 

My first time to post for this Spontaneous Thursday. =)
love, n.o.r.a diddy <3

Wednesday, July 27, 2011

*Wordless Wednesday #1*

Salam people and hi there,

This is my first time to join the Wordless Wednesday. Hehe.


l.o.v.e; n.o.r.a diddy <3




Wednesday, July 20, 2011

It has been 4 years!

Salam guys!



It has been 4 years. Tarikh 25 of July starting the year 2007 banyak buat saya belajar tentang kehidupan bersama seseorang yang sebaya dengan saya. 
Susah senang. It taught me a lot. And, 'it' refers to the so-called relationship. Sepanjang 4 tahun, this is my first time to blog about the ulangtahun. Kang aku cakap anniversary, mesti ada yang muntah hijau. Haha. 
To; Diddy <3

Thank you sooo much for not letting me walking alone sepanjang 4 tahun ini. 



 Thank you for turning my dreams into reality when I had a chance to have a boy-best friend that can share all the things tanpa perlu ada rasa insecure. 

Thank you for always bearing with my badsss for all of this while dan semoga terus bersabar. Hehe.
Thank you for not condemning me whenever I fell, whenever I was down.

Thank you for being my great Wonderwall yang boleh jadi tempat saya bersandar. Yang sentiasa bekal kan saya dengan kata-kata semangat. Yang sentiasa tunggu saya untuk habiskan pengajian yang berusia 5 tahun ini. Yang setiap kali exam selama 8 semester ini bekal kan saya dengan kata-kata dorongan. Yang bekalkan saya nadi inspirasi untuk saya terus gagah melangkah jauh dan habis kan pengajian saya dengan sempurna.

Thank you so much. 

And,

Directly from my heart, thank you oh for every single thing. Allah jak boleh balas kebaikan nya dengan orang oh. Selamat 4 tahun kita "kawan"!

Semoga Allah dengar dan makbulkan doa dan impian kita. =)

(Oh. Gosh. Mata ku berair. Hish. Masuk habukkkk.)






 p/s; Dah 4 tahun dah. Tak terasa time run sooo fast. Susah senang dah banyak dah. Tapi, kena sentiasa beringat Allah takkan berhenti menguji hati kita. Semoga hati kita sentiasa di tetapkan walau apa pun ujian yang Allah bagi. Sebab ujian Allah pasti ada hikmah nya, kan? 



n.o.r.a is a big girl now ah? yerrr, dah pandey post nak macam tok. euwww~

n.o.r.a diddy <3
 

Happy Birthday Dear Wonderwall!

Salam people and hi there!


Today is 20th of July.  And, tomorrow is 21st of July. It's my Wonderwall's birthday!

"Happy 24th Birthday to You, Inche Diddy!"

Allah bless you all the way. 
Semoga senantiasa dipayungi kasih dan cinta Allah.
Selamat menjadi Muslim yang hakiki dan sentiasa dahagakan redha Allah.
Thank you for always being there for me whenever I am in need. 

Tak taw da nak wish ape. If you read this entry, mesti hairan sbb biasa nya saya lah yang paling banyak membebel. My badss. 
I have the present with me. And, I wish to pass it in person to you. Insya Allah nanti kalau ada kesempatan, I'll pass it to you. 

Cukup awak taw yang saya sentiasa doakan awak!



Uhibbuka Jiddan Jiddan!
(Cakap Arab baru tak nampak sangat jiwang kot kan?)
Emoticon kat atas tu dah cukup kot nak bagitaw ape yg saya nak cakap kan? Euwwww.
Haha. 

With love on your birthday,
n.o.r.a diddy <3
 

Saturday, July 2, 2011

Ini Cobaan!



Salam people and hi there!

Hmmm, what to say ah? I am not really in a good condition to post something in the blog for the time being. But, by the time I listened to this Muhasabah Cinta song, saya terus bermuhasabah!

Ya Allah,
Kurang nya cinta saya pada Allah.

Ya Allah,
Bersalah nya saya cepat berputus asa sedangkan ujian yang Allah bagi baru sedikit sahaja. Allah baru cuit saya sedikit berbanding dgn insan lain yang lebih hebat dugaan yang Dia berikan.

Ya Allah,
Kerdil nya saya bila tak mampu bangun dari kesedihan ni. Kufur nya saya bila mudah rebah dan sukar nak bangkit semula selepas di uji sebegini.

Ya Allah,
Teruk nya saya. Rupa-rupa nya selama ni saya lebih pentingkan grade berbanding dengan niat saya menuntut ilmu untuk membantu agama Allah.

Ya Allah,
Saya tak sedar yang Allah uji saya ni sebenarnya nak buat saya lebih dekat dengan Nya. Saya lupa niat saya belajar sebab nak dapat redha Allah bukan sebab nak dapat Dean's List.

Ya Allah,
Ampunilah dosa saya sebab kadang-kadang terlepas pandang bawah ilmu itu tidak terikat kepasa grade semata-mata.

Allah sayang saya unconditionally. Tapi, saya? Kurang nya cinta saya pada Allah. Cepat nya saya berputus asa. Saya pandang remeh segala nikmat yang banyak Allah da bagi pada saya selama ni. Sepanjang satu sem lepas, Allah bagi banyak sangatttttt nikmat dan rezeki pada saya. Tapi di sebabkan ujian nih, saya dah berputus harap. Ini tak adil bagi Allah kan, readers? Dalam pada saya bersikap tak adil dengan Allah, Dia masih bagi nikmat hidup, nikmat iman, nikmat Islam itu kepada saya. Kufur nya saya. ='(

Ya Allah,
Berikan lah saya kekuatan. Lindungilah saya dari putus asa. Jauhi lah saya dari sifat mudah kecewa. Tabahkan hati saya, ya Allah.

Saya perlukan semangat.
Saya perlukan kekuatan.
Saya perlukan perhatian dari mereka yang saya sayang.
Saya perlukan tempat untuk buang segala rasa negatif ini.

Dear Readers;
Doakan saya mampu bangkit dari kesedihan ini.
Doakan saya mampu berdiri semula seperti kebiasaannya.
Doakan saya dapat bergraduasi tepat pada waktunya.
Saya taknak repeat!
Saya taknak jatuh lagi!
Saya janji yang saya takkan patah semangat dgn mudah.
Saya janji yang saya akan teruskan perjalanan ini sampai ke penghujung nya!

Dear Kawan-kawan 3rd Gen of SMSU (my batch);
Be strong, kawan2.
Kita jatuh secara berjemaah kan? Semua sekali jatuh.
Tu nikmat. Allah bagi kita jatuh sekali tanpa ada yang tercicir.
Dalam ujian ni, Allah bagi kita bersatu untuk berjaya.
Kite sume kena kuat kan, sebab perjalanan kita dah nak sampai ke penghujung.
Tak sampai setahun pun lagi kawan-kawan.
Kita anggap yang ujian ni Allah turunkan untuk jadi kaffarah dosa kita, okay kan? =')
Semoga kita semua bertabah hati pada 2 semester akan datang!





p/s;
Ini cobaan!
Ini hanya ujian yang kecil.
Allah pernah bagi saya nikmat berada di atas.
Sekarang, inilah giliran Allah bagi saya rasa perit berada di bawah.
Allah itu Adil.
By the time saya grad nanti, saya da rasa semua flavour sepanjang kat USIM.

Thankyou Allah for making me realize that we need to balance everything fairly. =')


pasrah, redha & tawakkal;
n.o.r.a diddy =')

Sunday, June 26, 2011

Imam Muda vs Kak Lehot



Salam people and hi there!

Am gonna start the Second Phase for the L.I tomorrow. The last part of L.I, Insya Allah! Terasa pengajian selama 5tahun dah menghampiri ke penghujung. Tapi, semakin hampir ke penghujung, semakin berat rasa nya beban yang dipikul di pundak. Whatever it is, Allah pasti ada alasan kenapa Allah lambatkan tempoh masa saya untuk menggapai segulung ijazah ini berbanding rakan-rakan sekolah saya yang lain. Ehhh, dua gulung eh. 2 in 1. Double major, Insya Allah. Semoga segala nya berjalan dengan lancar. 4minggu je pon kan.

To the juniors 3rd year of SMSU, and rakan-rakan seperjuangan 4th year of SMSU;

All the best! Buktikan yang kita mampu untuk compete dengan institusi pengajian tinggi yang lain walaupun kita baru je being established. Ganbatte! Insya Allah!

To Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul, walaupon korang tak bace blog nih;

All the best untuk Kemuncak Imam Muda Musim Kedua. Menang atau kalah bukan kayu ukur. Tetapi, mesej dan dakwah yang telah dan akan disampaikan melalui program ini yang banyak membantu orang luar untuk mendalami Islam dan mengindahkan imej Islam di mata dunia. Yang penting, dunia harus tahu bahawa Islam itu bukan agama yang menjurus kepada Terrorism!

Teringat kata-kata Imam Muda Hassan pada episod Medan yang lepas;

Sesuatu itu akan bernilai buat kita jika kita kehilangan.

Hanya 9 perkataan, tetapi maksud nya dalam sangat. Semoga kita berada di dalam golongan yang senantiasa menghargai apa yang ada di dalam genggaman kita dan sentiasa menjadi hama Allah yang bersyukur. Jangan jadi, yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, tetapi setiap peluang kedua itu tidak akan pernah sama dengan peluang sebelum itu. Kan?

Ape ape pon; Allah does not know better, because He knows best. Subhanallah!

Oh. Btw, the posted-video above shows to us the new phenomenon kat Sarawak. It is a kind of segment dari radio kat Sarawak yang DJ nya giler laser. Tapi, mesej sampai. Itu yang penting. Sape yang nak tusyen Bahasa Sarawak, blh try belajar dr Kak Lehot. Haha.

Before I do blog-off; I wanna share something to be pondered;

Jangan lah kita melakukan pertimbangan dengan menggunakan neraca dunia, kita harus menggunakan neraca langit. Sebab, kalau ikutkan pertimbangan manusia, takkan ada yang menemui titik satisfaction. Manusia tak pernah puas. Itulah fitrah manusia.

Allah cakap dalam Quranul Kareem;
Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) daripada Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
(Surah Hud, Ayat 9)

p/s; Terharu bila dapat taw ade yang masuk Islam sebab takjub dengan dakwah yang disampaikan oleh program Imam Muda. Subhanallah!

saya sayang ISLAM,
n.o.r.a diddy =)



Saturday, June 25, 2011

Nak jadi macam Amar & Wani!




Salam people and hi there!

Today is Saturday. And, I am proudly wanna say that I am relaxing at home dengan tenang dan tidak memikirkan apa-apa. On Monday, I will be going to register at the Sibu High Court for my L.I. Please pray for me!

I was just accomplished my L.I at the Civil Firm (Tang and Co) last week. I was fun and joyful. I have gained a lot of experience there. And, I wanna take this opportunity to thank all the staffs there for the greatest co-operation and to the counsel Mr. Augustine Liom and the master for sure for allowing me to do my L.I there, Mr. Joseph Tang, thankyou. May God bless! Kak Anne and Nadia, thankyou sooo much for the guidance and being patient. To Shirley too, thankyou for the attention that you have given to me. Toche!

In this post, I just wanna share something. About feeling, may be. Okay. Let me reveal. Today is 25th June 2011. And, it has been 3years and 11months since I knew someone that I should categorize as special in my life.

Yes, he is Inche' Diddy. I got to know him from my cousin. And, we made friends since 25th July 2007. Betol sik? Selalu lupak. Hehe. He used to be my bestfriend, my best secretkeeper, my advisor, my unofficial motivator, my shoulder that I can lean whenever I am in need, he will always be there to calm me down whenever I am down, he would always correct me whenever I am wrong, he would always stand by me whenever I can't stand properly, he would always accept me the way I am eventhough I am the worst girl in the world. He used to bear with my badsss. I am bad.

To; Inche Diddy,
Thankyou sooo much for bearing with my badsss.Thankyou for being the best friend ever of mine. Thankyou for being there whenever I am in need.

I just wanna be macam Amar dan Wani. Sebab taw tak mampu nak jadi setanding Rasulullah dan Khadijah, Adam dan Hawa. Sebab sedar I am not good enough to be just like them. And, I am sooo touched whenever I listen to the rangkap of this song.

"Kau ku sanjung kerna pengorbanan. Bagai puteri di kayangan. Tika ku lesu hadapi hidup, kau hembus kan nafas semangat."

Gosh. It is not easy to find the soo-called life partner yang mampu jaga kita dan bimbing tangan kita ke jalan yang Allah betul-betul redhai duniawi dan ukhrawi. Semoga kita jumpa our life partner yang Allah redhai. Kerana itulah tunjang untuk membina sebuah perkahwinan yang berunsurkan mawaddah serta mahabbah. Dan pada akhirnya akan mampu membina sebuah masyarakat Islam yang saling menyayangi saudara-saudaranya sendiri tanpa perlu ada fitnah dan perbuatan hasad dengki.

Before I do blog-off, I wanna qoute a hadith related by Al-Bukhari. It sounds;
"Allah do protect those spreading Love through His Glory. Where are those who love one another through My Glory? Today I shall give them shade in My Shade, it being a day when there is no shade but My Shade".

Thankyou for loving me boundlessly, dear family, friends and readers. Allah bless!

p/s; Live the life to its fullest! <3


n.o.r.a is in love. haha. =p





Thursday, June 16, 2011

Freedom of Speech


Salam people and hi there,

Just dropping by to reflect those comments serta kecaman yg saya terima rentetan kenyataan saya tentang Obedient Wives.

Saya terima segala kecaman itu. Tetapi, kita ada undang-undang. Kita bebas untuk membuat sebarang kenyataan asalkan ia tidak menyentuh sebarang sensitivity masyarakat dan tidak berbaur fitnah.

Saya tidak kisah ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya belum cukup makan garam. Ya, saya mengakui nya. Tetapi, adalah tidak salah untuk saya mengutarakan pendapat saya. Dan, pendapat saya itu langsung tidak bercanggah dengan agama.

Ya, saya seorang yg berlatarkan pendidikan agama. Jadi, segala kenyataan itu saya luahkan tanpa sedikit pun terpesong dari landasan syarak. Allah Lebih Mengetahui. Jika anda seorang ISTERI dan juga seorang WANITA, adakah anda mahu disamakan seperti seorang PELACUR sedangkan anda telah dinikahi dan telah disunting dengan akad yang sah di sisi Islam?

Saya sedikit pun tidak tergugat dengan kecaman dari kenyataan anda. Saya tidak menyanggah sepenuh nya cadangan Obedient Wives, cuma sesetengah kenyataan yang menyamakan martabat seorang isteri dengan pelacur itu yang saya sarankan supaya dipinda.

Saya tidak pernah memandang rendah tahap pendidikan agama seseorang. Dan, kita harus tahu bahawa setiap rakyat Malaysia berhak menyuarakan pendapat mereka. Itulah kebebasan demokrasi. Kita harus terima. Dan, saya dengan terbukanya menerima kecaman itu. Tetapi, saya selitkan dengan pembelaan saya. Dan, jika benar kecaman anda itu, sila tunjukkan pada saya, di bahagian manakah di dalam kenyataan saya yang lalu yang bercanggah dengan landasan syarak? Sila tampil. Be brave. Jika saya salah, sila perbetulkan khilaf saya.



p/s;
Oh. Saya terlupa. The basic is, poligami hanya untuk lelaki. Bukan nya wanita. Harap maklum. =)

dan,

Please respect others first if you want people to respect you regradless you are you to them.


Sebelum saya blog-off, saya nak share something yang mungkin lah boleh membantu mereka yang masih tidak faham akan kenyataan yang saya perjuangkan tempoh hari.



Prophet Muhammad; "It is not appropriate that you fall upon your wives like a beast but you must send a message of love beforehand"

Bukan saya yang cakap, tapi Rasulullah yang cakap. Thankyou.


Saya masih sayang ISLAM;
n.o.r.a diddy =)

Sunday, June 12, 2011

Serve husbands like first class prostitutes?!

'Serve husbands like first-class prostitutes'


My point of view;

Kenyataan seperti ini harus di pinda dan di ubah. Saya menentang keras kenyataan in kerana ia seolah-olah mempermainkan martabat seorang wanita dan juga isteri. Things to be pondered;

Adakah terjamin bahawa sang suami 'tidak akan mencari makan diluar' sekiranya mendapat layanan kelas pertama seperti yang di sarankan? Sekiranya sang suami masih mencari makan di luar, apakah langkah seterusnya pula yang ingin di cadangkan oleh mereka yang menjadi perintis kepada idea-idea sebegini?



Saya seorang wanita. Saya juga bakal mempunyai seorang suami dan keluarga jika diizinkan Allah suatu hari nanti. Jika tarbiah sebegini lah yang di sumbatkan ke dalam minda umat Islam di Malaysia dan sekitarnya, maka minda umat Islam tidak akan sesekali berkembang.

Pandangan bahawasanya perkahwinan itu adalah untuk menghalalkan hubungan seks dan mengelakkan daripada terus terjebak ke kancah maksiat harus diperbetulkan. Ini tidak bermakna saya menghentam perkahwinan di usia muda. Tetapi, sekarang kita berbicara tentang martabat seorang isteri yang di samakan dengan tahap seorang pelacur. Ini tidak sepatutnya terbit dari bibir dan fikiran insan yang berilmu. Ini juga akan memesongkan pandangan orang luar terhadap agama kita. Perbuatan ini seolah-olah mempersendakan Islam itu sendiri.


Perkahwinan itu tidaklah bertunjangkan kepada seks semata-mata. Bukan juga pada cinta secara totalnya. Tetapi, sebuah perkahwinan yang mawaddah dan juga mengandungi rahmah serta redha Allah ialah sebuah perkahwinan yang bertunggakkan sifat bertanggungjawab yang datang bersama semaian kasih sayang dan tidak pula terpesong dari landasan syarak Nya. =')



p/s; Ya, saya memang gila-gila. Tapi, bila sampai ke tahap sebegini yang melibatkan maruah agama, saya tidak main-main.


Thankyou. Sex is not everything. Nafsu itu cuma pinjaman yang Allah bagi. Jangan terlalu taksub kerana Allah boleh tarik nafsu yang anda banggakan sebagai nikmat itu pada bila-bila masa.



saya sayang ISLAM;
n.o.r.a diddy =')

Monday, May 9, 2011

Special Edition to Insan (^^,)


Salam people,

Di tengah petang yang kira-kira agak panas nih and I just saw Insan's status kat FB, it reminds me of his words during our previous conversation tempoh hari.

Pendek. Ringkas. Padat. Bermakna.

Insan said;

KASIH SAYANG TU MILIK ALLAH. ALLAH YANG MAHA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI MANUSIA. PADA WAKTU ALLAH DA TARIK KASIH SAYANG SESEORANG ITU DARI DIRI KITA, APA YANG KITA HARAPKAN IALAH; BIARLAH TINGGAL WALAUPUN SEDIKIT KASIH SAYANG ITU BERBEKAS DI HATI NYA. TETAPI, KUASA ALLAH, TAK SIAPA DAPAT LAWAN. ALLAH TAK BAGI SEDIKIT PUN RASA KASIH ITU BERBEKAS DI DALAM HATI DIA UNTUK KITA.


To Insan; Be strong. Allah akan gantikan kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih bermakna mun kita bersabar dan terus bersabar.

Teringat Inche' Diddy's words;

Sesiapa yang Allah pilih untuk di uji maka akan ada ganjaran yang menunggu nya. Sesiapa yang bersabar terhadap ujian itu, maka akan diistimewakannya! Insya Allah, innallaha ma'ana!



With regards;
n.o.r.a the f.r.ie.n.d =))

Friday, April 29, 2011

Dia Pergi Jua, ='(

Salam people and hi there!

Sangat lama da tak post kat sini kan? I am into a superb-busy zone. Semester nih banyak sangat tuntutan. Automatically, ia menuntut super-banyak pengorbanan. Allah bagi banyak nikmat kat saya untuk satu semester. Allah bagi saya peluang to represent USIM in Client Counselling Competition for National Round kat Terengganu, Allah bagi saya nikmat to represent the Faculty in N.C Cup Debate, Allah bagi saya nikmat merasa udara di Singapura untuk barang sehari, Allah bagi saya peluang to hold the title of in the so-called 'list'. Allah bagi banyak sangat nikmat pada saya.

Dan, begitu juga dengan hak Allah untuk turunkan ujian yang Maha Hebat buat saya. Saya redha. Saya tak pertikaikan langsung kenapa Allah uji saya sebegini. Saya terima. Ujian ini sangat berat. Kadang kala saya rasa macam tak mampu nak pikul ujian nih.

Isnin 25 April 2011, hari yang buat air mata saya jatuh secara rasmi nya di hadapan khalayak ramai sepanjang perjuangan saya selama 4 tahun ini di USIM. That morning, I was having my Land Law II Final Examination. Sebelum exam, macam kebiasaan, I did call my parents. Time call mak;

Mak; Assalamualaikum, kak.

Nora; Waalaikumsalam, mak. Mak, orang nak exam pagi nih. Mak doakan eh mak.

Mak; Okay, kak. Mak doakan. Mak cuma nak bagi taw, nenek tak sihat sangat. Malam tadi, admitted to Rejang Specialist.

Nora; Betul ke, mak?

Mak; Ye, kak. Takpe. Focus on your exam okay. Insya Allah, nenek okay.

Nora; Okay, mak.

Then, I went to the Examination Hall. In the hall, tengah exam lebih kurang 10.00 a.m, mata sebelah kiri berkelip lama. As if it was the signal yang I lost my granny. If only I knew. But, I couldn't manage to know.

Normally, lepas exam I will surely turned on my phone. But, on that day I forgot to do so. Lepas ke kaunter Faculty, then I managed to check on my carry marks dekat my lecturer's room for Evidence Law II. Then, while I was waiting for Nana and Pika checking for their marks, I turned on my phone. I got a message from my bapak. It sounds; " Salam. Nek Wan passed away 9.40 a.m".

Allah sahaja tahu how did I feel at that moment. I couldn't think straightly. Then, I called my mum;

Mak; Kak,

Nora; Mak, betul ke nenek da takde?

Mak; Ye, kak. Mane kakak taw?

Nora; Bapak did text me. Mak, tak sempat jumpa nenek.

Mak; Takpe, kak. Focus on your exam dulu. Then, balik eh. Mak nak uruskan nenek.

Then, I dissatisfied. I called my aunt (Anjang);

Nora; Anjang, nenek da takde? (Crying out loud)

Anjang; Ye, sayang. Allah lebih sayang kan nenek.

Nora; Anjang, Nora tak sempat nak jumpa nenek. Lagi 2 minggu nak balik.

Anjang; Sabar Nora. Kami pun tak sempat nak jumpa nenek. Ni Pak Anjang nak cakap.

Nora; Ustaz, Nora tak sempat jumpa nenek. Sekejap je lagi 2 minggu.

Pak Anjang; Nora, dengar sini. Semua orang akan lalui perkara yang sama mcm apa yang nenek tengah lalui sekarang ni. Kita kena redha lepaskan dia. Allah lebih sayang.

Nora; Okay, Ustaz. Thankyou.

Then, when i got back home and sepanjang di rumah, I did cry on my own. I don't even want to burden my housemates. My friend did text me. It was Zainab. The text sounds;

" Nora, kite faham ape yang Nora rasa. Kite kena redha kan. Memang kite sayang nenek kite. Tapi, alangkah bersyukur nya bila orang yang kita sayang tu, Allah lebih sayangkan mereka. Kan? "

The text made me realize that I must wipe the tears and sedekahkan Yasin. I took my bath. And, I did all the things with tears. It happened just in a blink of eyes. Apa yang berlaku taught me that; Janji Allah itu pasti. Allah tak tunggu lagi 2 minggu even I am having my Final sekali pun. And, the same goes to Abil. Kun Fayakun. I lost my granny. And, I even didn't have any chance to meet her up for so many months before her last breath. Dah Allah tulis yang both of me and Abil hanya akan melawat pusara Nekwan.

Saya redha ketentuan itu. Saya terima. Saya tahu Allah tengah menjanjikan sesuatu ganjaran buat saya jika saya mampu memikul ujian ini dengan sabar dan sentiasa mengingati Nya. Tetapi, saya cuma ralat. Saya selalu bertangguh bila masa nya nak menghubungi nenek. Ini lah pengajaran yang Allah cuba nak saya faham.

If you love someone, jangan simpan rasa tu. Buang ego. Tak mati kalau kita buang ego tu. Dan tak mati pun kalau kita mintak maaf kat sesiapa je. I learnt that. And, I don't even want to repeat the same mistakes again and again. Jangan sampai terlambat. Jika takdir orang tu meninggalkan kita terlebih dahulu, biarlah dia pergi dalam keadaan yang dia tahu kita sayang pada dia. Dan, jika dalam keadaan kita yang akan pergi dahulu, biar lah semua orang tahu dan simpan dalam hati mereka yang kita sayangkan mereka.


To the relatives; I am sorry. I am so sorry for not being there at the most crucial moment. I really wish that I can be there. But, I couldn't. ='(

To my housemates; Nana, Pika, Piza and Inaz, my friends; Farah, Kak Syu (yang sudi bekalkan bahu time i was crying out loud), Kak T, Zainab, Jannah, Kak D, Inche' Diddy and those yang sentiasa mendoakan saya agar tabah and to all the condolences, thankyou. Only Allah can repay all the kindnesses! Thankyou. Jazakallahu khairan kathira.

Malam semalam; I did read Abil's blog. Itu yang mendorong saya to blog saat ini. Ini apa yang saya rasa secara peribadi nya. Ketika saya baca blog Abil, air mata saya jatuh lagi. Saya teringat all the things related to Arwah. Sememangnya, Allah menguji saya. Saya redha. Saya terima ujian itu. Al- Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Salbiah binti Haji Deris.

Topic untuk my next entry!
"Orang kata saya ni bukan agen pendamai, saya ni lebih cenderung untuk melaga-lagakan pihak. Orang boleh kata apa saja yang mereka mahu. Saya terima. Tetapi, ingin saya ingatkan that; you are not in my shoes. As you are not in my shoes, then you have no right at all to judge me whether I did act sebagai agen pendamai ataupun tidak. But, after all, thankyou for the harsh words. Saya terima. Tetapi, jika ujian sebegini yang menimpa anda, ingatlah apa yang anda pernah tuturkan kepada saya. Dan, pada waktu itu, anda akan rasa apa yang saya rasa. Saya tidak mendoakan supaya bencana menimpa anda tetapi saya sentiasa mendoakan agar hidayah Allah akan sampai kepada anda, tetapi hidup ini ibarat roda. Semua orang pasti akan merasa di uji kan? Saya doakan agar anda akan tabah sekiranya Allah turunkan ujian pada anda. Kita hamba. Tidak ada sesiapa pun yang akan terkecuali daripada ujian Nya termasuk lah anda. Apa pun, thankyou for making me realize yang saya hanya setahun jagung. Terima kasih kerana mengingatkan saya bahawa saya perlu lebih berusaha lagi untuk berjaya dan keluar dari USIM dengan kejayaan. Terima kasih kerna membuatkan 'kami' lebih tabah. Terima kasih atas segala-galanya. Saya hargai setiap perbuatan anda kepada saya. Saya redha. Dan, ketahuilah, dari jauh sudut hati saya, saya telah memaafkan anda. Dan sekira nya ada kesalahan di pihak saya, saya mohon maaf regardless who you are to me. Semoga rahmat Allah akan sentiasa bersama anda dan semoga anda sentiasa berada di dalam peliharaan Nya. Jazakallahu khairan kathira!" =)


Thankyou and sorry for everything. And, lets the love heals all the hurts! Lets forgive and forget! I am saying that sebab life is so short. Live life to its fullest. And, never hold grudge because it is bad for your health!

l.o.v.e,
nora the pejuang keamanan? haha. might be. <3

Sunday, February 13, 2011

inche' diddy's special edition



salam people!

hehe. merely one question to you; can i be the wanita terakhir in your life? awww~





lovey dovey okie dokie,

n.o.r.a =))

saya yakin Allah ada!




salam people and hi there!

da lama da carik lagu nih. i mean the malay version. i am a little bit motivated lah when i used to listen to this song. plus the motivation that i got from the daddy. thankyou bapak! i wish i can make all of the people surround me proud. insya Allah. please pray for me!

to-do list to be settled down for this upcoming week;

assignment for Administrative Law - done!

assignment for Public International Law I - in progress!

to blend in with the professional practice's notes - on the way!

preparation for the upcoming C.C Terengganu - 45% done!

fieldwork to SUHAKAM - this thursday!


adesss. a bunch of works to be settled! dear Allah, please lend me the strength! semoga segala nya lancar! Ameen! =))

dear readers, byk kan keja i? booooooo. but i have to do it in order to succeed. mohon doanya!


with loves,
n.o.r.a =))

Saturday, February 12, 2011

say no to give up!





Hey people. I have decided not to give up until I do finish my climb! Insya Allah. I will always cross my fingers and whisper to me myself that; Allah won't leave me alone. He will always be with me. The same goes to my family, him and my good friends.

To those precious people of my life; Thankyou for being soooo supportive. Kadang-kadang, takut kerana khuatir akan mengecewakan harapan kalian. Please do pray for me and the team! Thankyou so much!




With love, n.o.r.a =')

kibarkan cabaran!

salam people and hi there.

It has been a few weeks that i didn't write anything ah. I was so busy lately and dalam masa dua minggu akan datang.

I am leaving for Terengganu this upcoming Friday untuk membawa cabaran Faculty of Syariah and Law ke Bumi Darul Iman for the upcoming Client Counselling Competition 2011 that will be held at University of Darul Iman.

Dear readers,

Please do pray for me okay. Semoga segala nya berjalan dengan lancar. Insya Allah, kami menjanjikan yang terbaik. Kami akan kibarkan cabaran walaupun kami turun sebagai an underdog team. Kami akan berikan saingan yang terhebat. Insya Allah. Ameen.

I hope that every single thing will goes on smoothly. So smooth. I will do my very best and try to pull up the greatest effort in this upcoming competition. This is my dream. And, I will climb the stairs to the top. Insya Allah.

Saturday, January 22, 2011

Kurnia, (^^,)



kurniaan Allah terindah buat saya ialah, my family. him. friends. haters. they do color my days. every day, every hour, every minute and every single second in my life.

Friday, January 21, 2011

dottie of me, =))





haish. i miss someone so much. the adek. adoi. adek, i miss you so terribly much lah! cepat la datang k.l okay. i bought you so many things! your upin ipin mag and your pinky bag!

p/s; i wanna call you right now!

loves,
n.o.r.a a.k.a raihan in the age of 24 years old in advance!

Sedetik Lebih!




i dedicated this song to my loved ones. thank you for always supporting me through hell and high water.

"ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya"



p/s; inche diddy, i dedicated this song to you too. boleh tak nak reveal your pic kat blog nih? hehe. tunggu je la ea. =))

dear readers; never love those who hurt you and never ever hurt those who love you! leh faham kan? i said it so sebab; tak semua orang dapat peluang kedua. kalau ada pun, sangat tipis peluang nya. something to be pondered kan? =') readers, nak tak tgk sape inche diddy i? haha. wait and see~



loves & hugs;
lovely n.o.r.a =p

mina oh mina,

salam people,


mina? she is my lil cousin. da siap mention wants me to reveal the picture of inche diddy. adoh!

naaa; kmk kenak dapatkan permission dari tuan punya badan dolok okay. sbb nya; nak soh ktk selalu ngabas blog kmk. hehe. =))


loves,
kakak nora =))

Tuesday, January 4, 2011

*langkah baru*

salam people and hello there,

in less than hour, i am about to leave the house. and, i am about to start the newly-started Eight Survival.

the Eight Survival is getting tougher. and, it requires me to be stronger. insya Allah. everything is going to be super okay and super fine. ameen.

saya harap saya akan kuat. saya akan jadi lebih tabah. dan, pada pengakhirannya; saya akan berjaya. insya Allah.

dengan kalimah Bismillah; saya akan melangkah untuk memburu segulung ijazah. eh. dua gulung ijazah ini. semoga kejayaan sentiasa Allah kurniakan buat saya. ameen.


to the family;
i am gonna miss you all. *nangis* dah masuk sem 8, masih nangis. because i am a family's girl. i am going to miss raihan so much. insya Allah, kita akan dapat tebus masa yg kita tertinggal untuk bersama ini suatu masa kelak. to mak and bap; thank you for everything. i will always try my very best to make you both proud of me. i will prove it.

to him; kekasih ku tertinggal di tanah seberang. aww! haha. doakan saya taw. saya akan kembali. dengan kejayaan. doakan agar hati kita sentiasa Allah tetapkan. insya Allah.


saya akan mulakan langkah ini. dengan hati yang lapang. insya Allah. semoga tiap langkah saya untuk menuntut ilmu ini Allah akan kira sebagai langkah seorang mujahid. insya Allah.


dear readers; semoga berjaya too!


with loves;
the new n.o.r.a in 2011, =))