Salam, readers!
It has been a while kan tak blogging. Tiap kali entry mesti cakap it has been a while. Wuu. I do have lots of time. Tapi, lebih kepada writer's block and mim alif lam sin, kaslan jiddan. Hehe.
I hope that it is not too late for me to wish you guys;
Ramadhan Kareem!
May this Ramadhan be the best Ramadhan that we ever had in our lifetime, Insya Allah.
Speaking about myself being a job hunter and after accomplishing my 5 years studies, I opt to have a short rest first spending time with the family. Being away from the family for 5 years make me feel that I need time to be spent with them sebab saya tak pasti untung nasib saya selepas dapat tawaran kerja nanti.
Moreover, belum terbahang lagi nak cari kerja for the time being. Nak pursue Masters pun belum jugak rasanya. Application form untuk pursue Masters dah jadi pekasam dan saya pun dah selamat terima bebelan dari parents. Hehe. Takpe lah. Biar semua nya stabil dulu ea.
Rasanya cukup kot pasal diri saya. What I wanna deliver in this post has something to do with Ramadhan, the holy month. Bulan yang penuh rahmat dan pengampunan. Saya rasa bulan Ramadhan nih, diri lebih terpelihara dan tenang dari segala segi. Alhamdulillah. How I really wish that Ramadhan would never leave us. Mungkin saya bukanlah orang yang sesuai untuk membincangkan perkara nih. Tapi, mungkin mesej yang saya cuba sampaikan boleh buka hati sesetengah pihak yang baca post nih, Insya Allah.
Okay. Lets start.
Cuba bayangkan kenapa waktu bulan Ramadhan masih ada yang berjudi dan tak puasa. Punya lah lama sampai setahun kita nak jumpa Ramadhan yang seterusnya. Itu pun kalau Allah panjangkan umur dan sampaikan kita pada Ramadhan yang seterusnya.
Bulan Ramadhan, segala syaitan dan iblis dah di kurung. Orang cakap, kalau masih buat benda tak elok, itu lah diri kita sendiri. Itu nafsu. Ramai yang berhijrah dan berubah jadi lebih baik serta jadikan Ramadhan sebagai platform terbaik untuk berubah. Tapi, kenapa masih ada yang tak puasa dan masih buat perkara yang tak elok?
Saya bukan nak condemn golongan nih. Sebab saya juga takkan lepas dari silap dan masing-masing juga dah cukup besar untuk menimbang apa sahaja kesan setiap perlakuan kita sehari-harian. Kita bukan kanak-kanak yang perlu di arah itu dan ini. Kita juga pasti tak suka kan kalau setiap masa kena dengar bebelan orang tua.
Tak semua orang akan dapat peluang kedua. Tak semua akan bernasib baik. Kalau rezeki ada, dapat lah merasa nikmat peluang kedua. Tapi, macam mana kalau Allah dah tutup pintu hati? Kalau hati dah tertutup, takkan ada rasa bersalah bila buat dosa, takkan rasa apa pun bila tak jalankan perintah Allah. The worst type of being feeling-less, I guess.
Lets us pray to Allah not to close our heart from keep on receiving His love. Sesungguhnya, bila kita berbuat sesuatu perkara yang tak baik dan timbul rasa bersalah, percayalah yang iman itu masih ada. Dan begitulah sebaliknya. Semoga iman dan Islam kita sentiasa terpelihara.
Ameen!
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup kita. Khayr, Insya Allah!
One thing to be pondered;
Sejauh mana pun kita terpesong dari jalan Allah, sesungguhnya, kasih sayang Allah itu sentiasa melebihi kemurkaan Nya. Kasih Allah tak pernah bersyarat.
Selamat menjalani ibadah puasa. Selamat merasai nikmat Ramadhan!
Till we meet again ya, readers!
Lots of love,
Nora. <3
No comments:
Post a Comment