Thursday, December 30, 2010

syukur, ='))

salam people and hi there.


i am back. tp dlm keadaaan berbeza. sbb; the nervousness da kurang. dlm kuantiti yg byk. haha. what i can say is; alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. Allah has granted me the best gift ever. the unexpected gift. sangat tidak sangka. alhamdulillah.

Allah Maha Pemurah. dalam keadaan saya demam panas sewaktu menghadapi final lepas, dalam kekurangan menjawab paper demi paper..Allah gantikan saya dgn ganjaran yg sangat bermakna. Allah tak pernah zalim. Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat jauh di lubuk hati saya.

betul kata mereka, Allah uji saya ketika final. saya baca notes. saya hafal. tapi saya tak boleh pegang semua. tak byk yg melekat. malam-malam sblm exam, saya pasti sesak nafas sbb suhu demam yg agak tinggi. tapi, Allah pilih jalan lain yg Dia permudahkan saya. Allah sayangkan saya.

saya mengaku; saya jenis yg takkan percaya selagi tak nampak dgn mata kepala saya ataupun selagi tak kena btg hidung saya sendiri. mungkin dgn cara ini Allah bagi saya nampak betapa Allah Maha Kuasa. kun fayakun. subhanallah!

Allah da bukak mata saya. Allah da bagi saya nampak. mungkin ini masa nya Allah nak bagi saya sedar kan. saya gembira. saya bersyukur. sememangnya bersyukur pada nikmat yg Allah bagi melalui keputusan exam semester 7 yg lepas. tetapi, saya lebih terkesan pd nikmat hidayah Allah yg satu ini. alhamdulillah. tak terkata. rasa ni hanya saya yg dpt gambarkan. kadangkala tak tergambar dgn kata-kata. sampai mcm tu sekali. ='))

thank you Allah. for the greatest gift ever. thank you. sbb saya memiliki ibu bapa, adik-adik, si dia, "keluarga" dan kawan-kawan yg supportive. thank you Allah kerana atas nikmat itu saya masih mampu berdiri hari ini, saat ini. alhamdulillah. syukur.



p.s; saya da bernazar untuk peperiksaan kali ini. saya akan tunaikannya. thank you Allah. kali ni, mesti Allah nak tgk saya tepati x janji saya kan? insya Allah, Allah da bagi nikmat yg x terhingga pada saya. saya akan tunaikan nazar tu. insya Allah. ameen.

readers, semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama kamu semua. ameen. =')) sentiasa lah bersangka baik pada Allah.


with love;
n.o.r.a yg bersyukur di saat ini sampai bila2. =))

No comments: