Thursday, June 16, 2011

Freedom of Speech


Salam people and hi there,

Just dropping by to reflect those comments serta kecaman yg saya terima rentetan kenyataan saya tentang Obedient Wives.

Saya terima segala kecaman itu. Tetapi, kita ada undang-undang. Kita bebas untuk membuat sebarang kenyataan asalkan ia tidak menyentuh sebarang sensitivity masyarakat dan tidak berbaur fitnah.

Saya tidak kisah ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya belum cukup makan garam. Ya, saya mengakui nya. Tetapi, adalah tidak salah untuk saya mengutarakan pendapat saya. Dan, pendapat saya itu langsung tidak bercanggah dengan agama.

Ya, saya seorang yg berlatarkan pendidikan agama. Jadi, segala kenyataan itu saya luahkan tanpa sedikit pun terpesong dari landasan syarak. Allah Lebih Mengetahui. Jika anda seorang ISTERI dan juga seorang WANITA, adakah anda mahu disamakan seperti seorang PELACUR sedangkan anda telah dinikahi dan telah disunting dengan akad yang sah di sisi Islam?

Saya sedikit pun tidak tergugat dengan kecaman dari kenyataan anda. Saya tidak menyanggah sepenuh nya cadangan Obedient Wives, cuma sesetengah kenyataan yang menyamakan martabat seorang isteri dengan pelacur itu yang saya sarankan supaya dipinda.

Saya tidak pernah memandang rendah tahap pendidikan agama seseorang. Dan, kita harus tahu bahawa setiap rakyat Malaysia berhak menyuarakan pendapat mereka. Itulah kebebasan demokrasi. Kita harus terima. Dan, saya dengan terbukanya menerima kecaman itu. Tetapi, saya selitkan dengan pembelaan saya. Dan, jika benar kecaman anda itu, sila tunjukkan pada saya, di bahagian manakah di dalam kenyataan saya yang lalu yang bercanggah dengan landasan syarak? Sila tampil. Be brave. Jika saya salah, sila perbetulkan khilaf saya.



p/s;
Oh. Saya terlupa. The basic is, poligami hanya untuk lelaki. Bukan nya wanita. Harap maklum. =)

dan,

Please respect others first if you want people to respect you regradless you are you to them.


Sebelum saya blog-off, saya nak share something yang mungkin lah boleh membantu mereka yang masih tidak faham akan kenyataan yang saya perjuangkan tempoh hari.



Prophet Muhammad; "It is not appropriate that you fall upon your wives like a beast but you must send a message of love beforehand"

Bukan saya yang cakap, tapi Rasulullah yang cakap. Thankyou.


Saya masih sayang ISLAM;
n.o.r.a diddy =)

1 comment:

Saya Sarah said...

terbaiklah kak nora!