Sunday, June 12, 2011

Serve husbands like first class prostitutes?!

'Serve husbands like first-class prostitutes'


My point of view;

Kenyataan seperti ini harus di pinda dan di ubah. Saya menentang keras kenyataan in kerana ia seolah-olah mempermainkan martabat seorang wanita dan juga isteri. Things to be pondered;

Adakah terjamin bahawa sang suami 'tidak akan mencari makan diluar' sekiranya mendapat layanan kelas pertama seperti yang di sarankan? Sekiranya sang suami masih mencari makan di luar, apakah langkah seterusnya pula yang ingin di cadangkan oleh mereka yang menjadi perintis kepada idea-idea sebegini?



Saya seorang wanita. Saya juga bakal mempunyai seorang suami dan keluarga jika diizinkan Allah suatu hari nanti. Jika tarbiah sebegini lah yang di sumbatkan ke dalam minda umat Islam di Malaysia dan sekitarnya, maka minda umat Islam tidak akan sesekali berkembang.

Pandangan bahawasanya perkahwinan itu adalah untuk menghalalkan hubungan seks dan mengelakkan daripada terus terjebak ke kancah maksiat harus diperbetulkan. Ini tidak bermakna saya menghentam perkahwinan di usia muda. Tetapi, sekarang kita berbicara tentang martabat seorang isteri yang di samakan dengan tahap seorang pelacur. Ini tidak sepatutnya terbit dari bibir dan fikiran insan yang berilmu. Ini juga akan memesongkan pandangan orang luar terhadap agama kita. Perbuatan ini seolah-olah mempersendakan Islam itu sendiri.


Perkahwinan itu tidaklah bertunjangkan kepada seks semata-mata. Bukan juga pada cinta secara totalnya. Tetapi, sebuah perkahwinan yang mawaddah dan juga mengandungi rahmah serta redha Allah ialah sebuah perkahwinan yang bertunggakkan sifat bertanggungjawab yang datang bersama semaian kasih sayang dan tidak pula terpesong dari landasan syarak Nya. =')



p/s; Ya, saya memang gila-gila. Tapi, bila sampai ke tahap sebegini yang melibatkan maruah agama, saya tidak main-main.


Thankyou. Sex is not everything. Nafsu itu cuma pinjaman yang Allah bagi. Jangan terlalu taksub kerana Allah boleh tarik nafsu yang anda banggakan sebagai nikmat itu pada bila-bila masa.



saya sayang ISLAM;
n.o.r.a diddy =')

2 comments:

Maqsurah said...

Salam. Knoera, kmk ada terbaca juak komen 'org ya' dekat newspaper. mun bagi kmk lah, x spttnya nya madah camya. kita x boleh expect org diluar nun mmpy tahap pemahaman dlm bidang agama spt mrka2 yg arif. macam ni mun cdak ya salah tafsir apa yg dikomennya,
"mun camya, boleh lah kita nangga mcm ni cara pelacur2 ya melayan pelanggan supaya husband kita ya x cari org lain?..boleh belajar dari sia, nak?"
Astarfirullahulazim.. adakah sama martabat wanita dgn pelacur?..seolah2 menunjukkan wanita tok hanya simbol sex..sdgkan islam mengangagkat martabat kita..
sex is not everything...thats true..

Anonymous said...

m.yes n no...tp xpat pdh objktif na juak...so blit kpd basic....semuanya kerana ALLAH=)...ilmu luas...msih byk xtau..tp manusia cpt bpaut pd fkta yg nya jz tau...jd lah hal2 cmtok...smgoga jd iktbar...tx 4 da info..gif u kredit 4 dat=)))-EB