Sunday, June 26, 2011

Imam Muda vs Kak Lehot



Salam people and hi there!

Am gonna start the Second Phase for the L.I tomorrow. The last part of L.I, Insya Allah! Terasa pengajian selama 5tahun dah menghampiri ke penghujung. Tapi, semakin hampir ke penghujung, semakin berat rasa nya beban yang dipikul di pundak. Whatever it is, Allah pasti ada alasan kenapa Allah lambatkan tempoh masa saya untuk menggapai segulung ijazah ini berbanding rakan-rakan sekolah saya yang lain. Ehhh, dua gulung eh. 2 in 1. Double major, Insya Allah. Semoga segala nya berjalan dengan lancar. 4minggu je pon kan.

To the juniors 3rd year of SMSU, and rakan-rakan seperjuangan 4th year of SMSU;

All the best! Buktikan yang kita mampu untuk compete dengan institusi pengajian tinggi yang lain walaupun kita baru je being established. Ganbatte! Insya Allah!

To Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul, walaupon korang tak bace blog nih;

All the best untuk Kemuncak Imam Muda Musim Kedua. Menang atau kalah bukan kayu ukur. Tetapi, mesej dan dakwah yang telah dan akan disampaikan melalui program ini yang banyak membantu orang luar untuk mendalami Islam dan mengindahkan imej Islam di mata dunia. Yang penting, dunia harus tahu bahawa Islam itu bukan agama yang menjurus kepada Terrorism!

Teringat kata-kata Imam Muda Hassan pada episod Medan yang lepas;

Sesuatu itu akan bernilai buat kita jika kita kehilangan.

Hanya 9 perkataan, tetapi maksud nya dalam sangat. Semoga kita berada di dalam golongan yang senantiasa menghargai apa yang ada di dalam genggaman kita dan sentiasa menjadi hama Allah yang bersyukur. Jangan jadi, yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, tetapi setiap peluang kedua itu tidak akan pernah sama dengan peluang sebelum itu. Kan?

Ape ape pon; Allah does not know better, because He knows best. Subhanallah!

Oh. Btw, the posted-video above shows to us the new phenomenon kat Sarawak. It is a kind of segment dari radio kat Sarawak yang DJ nya giler laser. Tapi, mesej sampai. Itu yang penting. Sape yang nak tusyen Bahasa Sarawak, blh try belajar dr Kak Lehot. Haha.

Before I do blog-off; I wanna share something to be pondered;

Jangan lah kita melakukan pertimbangan dengan menggunakan neraca dunia, kita harus menggunakan neraca langit. Sebab, kalau ikutkan pertimbangan manusia, takkan ada yang menemui titik satisfaction. Manusia tak pernah puas. Itulah fitrah manusia.

Allah cakap dalam Quranul Kareem;
Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) daripada Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.
(Surah Hud, Ayat 9)

p/s; Terharu bila dapat taw ade yang masuk Islam sebab takjub dengan dakwah yang disampaikan oleh program Imam Muda. Subhanallah!

saya sayang ISLAM,
n.o.r.a diddy =)



1 comment:

Maqsurah said...

Knoera....huhuhuhuhu...
benar, bila kita dah kehilangan baruk kita mauk menghargainya...
untuk kitak...doa kmk, InsyaAllah..akan sentiasa mengiringi kitak walau di manapun kitak berada..
hargai bakat yang Allah kurniakan rah kitak ya noera sayang, utk membantu cdak2 yg x bersalah dan mnjadi mangsa eksploitasi nafsu serakah ...
Mun kitak berada di persimpangan dilema dlm membuat keputusan...La Tahzan, Innallahha ma'ana..(^_^)
when Allah is your friend, who is your enemy..?