Saturday, July 2, 2011

Ini Cobaan!



Salam people and hi there!

Hmmm, what to say ah? I am not really in a good condition to post something in the blog for the time being. But, by the time I listened to this Muhasabah Cinta song, saya terus bermuhasabah!

Ya Allah,
Kurang nya cinta saya pada Allah.

Ya Allah,
Bersalah nya saya cepat berputus asa sedangkan ujian yang Allah bagi baru sedikit sahaja. Allah baru cuit saya sedikit berbanding dgn insan lain yang lebih hebat dugaan yang Dia berikan.

Ya Allah,
Kerdil nya saya bila tak mampu bangun dari kesedihan ni. Kufur nya saya bila mudah rebah dan sukar nak bangkit semula selepas di uji sebegini.

Ya Allah,
Teruk nya saya. Rupa-rupa nya selama ni saya lebih pentingkan grade berbanding dengan niat saya menuntut ilmu untuk membantu agama Allah.

Ya Allah,
Saya tak sedar yang Allah uji saya ni sebenarnya nak buat saya lebih dekat dengan Nya. Saya lupa niat saya belajar sebab nak dapat redha Allah bukan sebab nak dapat Dean's List.

Ya Allah,
Ampunilah dosa saya sebab kadang-kadang terlepas pandang bawah ilmu itu tidak terikat kepasa grade semata-mata.

Allah sayang saya unconditionally. Tapi, saya? Kurang nya cinta saya pada Allah. Cepat nya saya berputus asa. Saya pandang remeh segala nikmat yang banyak Allah da bagi pada saya selama ni. Sepanjang satu sem lepas, Allah bagi banyak sangatttttt nikmat dan rezeki pada saya. Tapi di sebabkan ujian nih, saya dah berputus harap. Ini tak adil bagi Allah kan, readers? Dalam pada saya bersikap tak adil dengan Allah, Dia masih bagi nikmat hidup, nikmat iman, nikmat Islam itu kepada saya. Kufur nya saya. ='(

Ya Allah,
Berikan lah saya kekuatan. Lindungilah saya dari putus asa. Jauhi lah saya dari sifat mudah kecewa. Tabahkan hati saya, ya Allah.

Saya perlukan semangat.
Saya perlukan kekuatan.
Saya perlukan perhatian dari mereka yang saya sayang.
Saya perlukan tempat untuk buang segala rasa negatif ini.

Dear Readers;
Doakan saya mampu bangkit dari kesedihan ini.
Doakan saya mampu berdiri semula seperti kebiasaannya.
Doakan saya dapat bergraduasi tepat pada waktunya.
Saya taknak repeat!
Saya taknak jatuh lagi!
Saya janji yang saya takkan patah semangat dgn mudah.
Saya janji yang saya akan teruskan perjalanan ini sampai ke penghujung nya!

Dear Kawan-kawan 3rd Gen of SMSU (my batch);
Be strong, kawan2.
Kita jatuh secara berjemaah kan? Semua sekali jatuh.
Tu nikmat. Allah bagi kita jatuh sekali tanpa ada yang tercicir.
Dalam ujian ni, Allah bagi kita bersatu untuk berjaya.
Kite sume kena kuat kan, sebab perjalanan kita dah nak sampai ke penghujung.
Tak sampai setahun pun lagi kawan-kawan.
Kita anggap yang ujian ni Allah turunkan untuk jadi kaffarah dosa kita, okay kan? =')
Semoga kita semua bertabah hati pada 2 semester akan datang!





p/s;
Ini cobaan!
Ini hanya ujian yang kecil.
Allah pernah bagi saya nikmat berada di atas.
Sekarang, inilah giliran Allah bagi saya rasa perit berada di bawah.
Allah itu Adil.
By the time saya grad nanti, saya da rasa semua flavour sepanjang kat USIM.

Thankyou Allah for making me realize that we need to balance everything fairly. =')


pasrah, redha & tawakkal;
n.o.r.a diddy =')

No comments: