Sunday, February 12, 2012

Selamat Pengantin Baru, Kak Hanis and Abg Hafiz!

Salam guys and hi there!

Today is Monday and I have another 148 days to accomplish my survival here.

Yeay! Dalam masa nak accomplish my survival nih jugak, hidup saya diwarnai dgn kegembiraan rakan-rakan saya yang mendirikan rumahtangga. Dalam ramai-ramai yang melangsungkan perkahwinan, saya hanya berkesempatan untuk hadir satu majlis je. 

Untuk rakan-rakan lain yang saya tak berkesempatan untuk hadir, maaf saya pohonn sebab saya ada perjuangan lain yang saya perlu selesaikan. Tetapi, doa sentiasa saya panjatkan agar kalian berbahagia dunia dan akhirat bersama-sama pasangan. Ameen!

Okay. Takmo bebel panjang untuk entry kali nih. Nih pon tengah curi masa sebelum buat training. Tak banyak gambar yang ade dalam My Samseng masa g kenduri Kak Hanis and Abg Hafiz hari tu. So, for the time being, boleh lah ye tatap wajah pengantin baru nih.



















Nak bagi caption satu-satu ke kat gambar tu? Takyah kot kan? Hehe.

What I can say is; waktu wedding cenggini lah the best time re-unite mane-mane kawan yang dah lame tak jumpe. Makan free. Hehe. 


Untuk Kak Hanis dan Abg Hafiz;

Selamat melayari bahtera perkahwinan.

Selamat berbahagia dunia dan akhirat.

Selamat dapat baby cepat-cepat.

Selamat semua nya!


Kalau dah g kenduri cenggini, saya pon mesti terkena tempias; "Nora, bila lagi?" Waaa!

Amboi. Hehe. Saya jawab dgn senyuman dan respond mcm nih je; "Saya lambat lagi kot. Ada banyak priority yang lain dan segala nya saya serahkan pada Yang Maha Mengetahui. Doakan mudah-mudahan seru saya sampai cepat."


Dear Readers;

Doakan seru saya sampai cepat lah ye. Saya tak kisah menunggu. Seriously. Saya sangat tak kisah. Sebab masa nih saya masih ada komitmen lain yang perlu saya fokus. Perjuangan saya untuk Jessup dan ijazah berkembar nih sangat memerlukan pengorbanan yang tinggi. Lain orang, lain kemampuan kan? Mungkin Allah uji saya dengan jalan perjuangan sebegini. Dan mungkin apabila saya berkahwin masa nih, saya tak mampu nak teruskan perjuangan ini dengan baik. So, saya terima apa sahaja ketentuan dan percaturan Allah. Selagi saya bahagia dan terpelihara dalam redha Allah, selagi itu saya sentiasa gembira. Insya Allah!



  Lain orang, lain kapasiti. Lain kapasiti, lain keperluan nya.


Love,

n.o.r.a (^^,)

No comments: